
Dua penunggang motosikal maut diseret lori
JOHOR BAHRU, 22 Disember – Dua penunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Plaza Tol Tanjung Kupang arah Selatan, Iskandar Puteri awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu, sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek dan hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah treler, sebuah bas dan dua motosikal yang berada di lorong kiri plaza tol itu.
“Akibat kemalangan itu, dua penunggang motosikal berusia 49 dan 54 tahun maut di tempat kejadian disebabkan oleh kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan akibat diseret lori terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu treler dan pemandu bas serta kesemua 29 penumpang tidak cedera, manakala pemandu lori itu mengalami sakit dada dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
“Kesemua 29 penumpang di dalam bas terbabit telah dipindahkan ke sebuah bas ganti untuk ke Singapura,” katanya.
Rahmat berkata kedua-dua mayat penunggang motosikal itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FAIRUL NIZAM MAHU TUNTASKAN ISU PENDUDUK ASAHAN
ASAHAN 30 Oktober - Menyelesaikan isu paip lama dari Pekan Nyalas hingga Sungai Dua serta urusan pemilikan rumah generasi kedua...
PRN MELAKA: MANIFESTO PN-BN DISELARAS, UMUM KETIKA KEMPEN – AHMAD SAMSURI
BUKIT KATIL 29 Oktober - Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan menyelaraskan pendekatan pengumuman manifesto bersama bagi menghadapi...
PRN MELAKA: ‘MUAFAKAT MELAKA’ JADI PENYATUAN PN, BN DAN NGO
BUKIT KATIL 30 Oktober - Muafakat Melaka yang dilancarkan bagi menyatukan kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN)...
PRN MELAKA: BUKAN IGAUAN, KEMENANGAN PN-BN DALAM JANGKAUAN – AHMAD SAMSURI
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) menyifatkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) sebagai peluang yang mampu dicapai dalam...
PRN MELAKA: PN SETUJU SERAH KERUSI BANDAR HILIR KEPADA MCA
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) bersetuju memberi laluan kepada MCA untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri...
‘USAHA SAYA HARI INI DEMI KESELESAAN GENERASI MELAKA AKAN DATANG’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 30 Oktober - Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bermula hari...

