
Jambu batu lohan ikon buah Melaka
TELOK MAS 6 Januari – Kerajaan Negeri akan mempatenkan jambu batu lohan di Pulau Gadong sebagai ikon buah tempatan Melaka pada Jun ini.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, buah itu diusahakan di Pulau Gadong dan telah dikomersilkan.
“Insya-Allah dalam tahun ini juga kita akan patenkan buah jambu batu lohan ini, kita akan lancarkan pada bulan Jun ini bersekali dengan agro fair yang akan diadakan.
“Pada bulan tersebut juga akan ada pesta durian terbesar di Asia Tenggara yang diadakan di Melaka.
“Setakat ini terdapat lima pengusaha jambu batu lohan yang telah mengkomersilkan produk mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Voluntourism : Melaka Nature Epic Challenge (MNEC24) Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Taman Laut Melaka di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Nawar Abd Karim; Pengurus Besar Bahagian Pelancongan Melaka (BPP), Sa’ari Basiron; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPPM), Azhar Yaacob dan lain-lain jemputan
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
