Kongsi foto keunikan Taman Laut Melaka, boleh menang baucar RM500

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

TELOK MAS 6 Januari – Pengunjung dipelawa untuk mempromosi keindahan Taman Laut Melaka di media sosial masing-masing untuk memenangi hadiah lumayan pada setiap bulan.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, insiaitif itu dilaksanakan menerusi program Melaka Nature Epic Challenge 2024 (MNE2024) yang dilancarkan hari ini.

“Terdapat tiga kategori hadiah diberikan kepada pemenang iaitu baucar pembelian peralatan Decathlon bernilai RM500, RM300 dan RM200.

“Ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menjaga alam semula jadi selain melihat keindahan terumbu karang yang ada di kawasan pulau-pulau di Melaka.

“Pada masa sama, pelancong juga boleh mempamerkan kreativiti mereka dengan memuat naik gambar hidupan semula jadi ini di media sosial mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Voluntourism: Melaka Nature Epic Challenge (MNEC24) Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Taman Laut Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Nawar Abd Karim; Pengurus Besar Bahagian Pelancongan Melaka (BPP), Sa’ari Basiron; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPPM), Azhar Yaacob dan lain-lain kenamaan.

Menurut Dr. Muhamad Akmal, setiap peserta yang menyertai cabaran itu akan diberikan ‘google form’ untuk mengisi maklumat diri.

“Nama para pemenang kita akan umumkan pada setiap bulan dan pemenang dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4195
Kongsi :
Previous post Melaka ada terumbu karang tercantik dunia
Next post Jambu batu lohan ikon buah Melaka
Ubah saiz-+=