
SRA JAIM Ramuan China Besar juara pantun Parlimen Masjid Tanah
MASJID TANAH 15 Januari – Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ramuan China Besar muncul juara Pertandingan Pantun Sekolah-Sekolah Parlimen Masjid Tanah.
Keputusan pertandingan diumumkan pada Majlis Makan Malam Bersama Pengetua, Guru Besar dan Yang Dipertua (YDP) PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Masjid Tanah di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, malam tadi.
Atas kemenangan itu SRA JAIM Rauan China Besar membawa pulang hadiah utama RM700, sementara itu tempat kedua SRA JAIM Al- Ikhlas Masjid Tanah, membawa pulang RM500, manakala tempat ketiga milik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ade Putra yang membawa pulang wang RM300.
Berikut antara pantun juara, tempat kedua dan ketiga :
Juara:
Negeri Melaka aman sentosa,
Kaya dengan pelbagai budaya,
Jemput datang melawat Melaka,
Rakyat bahagia menggamit dunia
Tempat Kedua:
Buah bidara buah Melaka,
Pohonnya rendang lebat buahnya,
Rakyat Melaka pelbagai budaya,
Negeri ternama warisan kita
Tempat Ketiga:
Padang temu tanahnya subur,
Kota Laksamana bersih selesa,
Melaka maju tumpuan pelabur,
Pemimpin cakna rakyat sentosa
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: TAPEM SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA CEMERLANG AKADEMIK
DURIAN TUNGGAL 4 November - Hasrat melahirkan lebih ramai anak tempatan cemerlang dalam akademik menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka...
KURSUS KAHWIN PERCUMA: RINGANKAN BEBAN ANAK MUDA KE ALAM RUMAH TANGGA
TANJUNG BIDARA 3 November - Rata-rata anak muda di negeri ini berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan Kursus Pra...
WRUR: BINA BONGGOL DEPAN SEKOLAH TINGKATKAN ASPEK KESELAMATAN MURID, PELAJAR
DURIAN TUNGGAL 3 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil menggesa agar bonggol dibina...
WRUR: ISU INFRASTRUKTUR, LALU LINTAS FOKUS UTAMA ‘TOWN HALL’ DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 3 November - Isu berkaitan infrastruktur, kemudahan awam dan kawalan lalu lintas di kawasan sekolah menjadi fokus utama...
WRUR: JALAN PANTAI BELIMBING – MACHAP PINTU MASUK BAHARU KE MELAKA
DURIAN TUNGGAL 3 November - Cadangan pembinaan jalan baharu menghubungkan Pantai Belimbing ke Machap sejauh tiga kilometer akan mewujudkan satu...
WRUR: SIMBOL KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK – EXCO
DURIAN TUNGGAL 3 November - Semangat perpaduan dipupuk menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) membuktikan keberkesanan program itu sebagai...
