
Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu
MELAKA, 6 Feb (Bernama) — Seorang ketua jabatan sebuah kementerian dan seorang pengarah syarikat masing-masing direman lima dan empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu bernilai RM49,900 tahun lepas.
Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka yang menahan kedua-dua lelaki berumur 42 dan 41 tahun itu ketika mereka memberi keterangan di pejabat agensi berkenaan pada petang semalam.
Kedua-dua suspek dikatakan bersubahat membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan bagi sebuah program yang diadakan di sekitar Melaka sedangkan pembekalan terbabit tidak pernah dilaksanakan pada tahun lepas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENGGIAT GIG MELAKA TABIK KEPRIHATINAN KETUA MENTERI
SERI BENDAHARA 12 Mac - Rata-rata penghantar makanan atau p-hailing di negeri ini menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan Kerajaan Negeri yang...
TERUJA IFTAR BERSAMA ‘TOK RAUF’, MAHASISWA SYUKUR DAPAT DUIT RAYA
SERI BENDAHARA 12 Mac - Keterujaan jelas terpancar di riak wajah mahasiswa anak Melaka yang berpeluang iftar bersama pemimpin nombor...
MELAKA BAWA SUARA ‘ABANG RIDER’ KE SURUHANJAYA EKONOMI GIG MALAYSIA
SERI BENDAHARA 12 Mac - Kerajaan Negeri memandang serius aspek kebajikan pekerja ekonomi gig yang kini semakin berkembang di negeri...
TAPEM SUMBANG RM30,000 KEPADA 12 PERSATUAN MAHASISWA ANAK MELAKA
SERI BENDAHARA 12 Mac - Sebanyak 12 persatuan mahasiswa anak Melaka daripada 12 institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar...
PULAU MELAKA BAKAL JADI ‘PIT STOP’ P-HAILING
SERI BENDAHARA 12 Mac - Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan sebuah bangunan dilengkapi fasiliti di Pulau Melaka sebagai kemudahan tempat...
LEBIH 2,000 PENGGIAT GIG MELAKA MOREH BERSAMA KETUA MENTERI
SERI BENDAHARA 12 Mac - Lebih 2,000 rakan penghantar makanan dan pemandu e-hailing dari seluruh negeri ini berhimpun dan memeriahkan...
