Jom meriahkan Sungai Melaka 25 Februari ini

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SERI NEGERI 6 Februari – Bukan sekadar memenangi wang tunai, peserta Pertandingan Memancing Sungai Melaka dan Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar di Sungai Melaka berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menerusi cabutan bertuah yang disediakan pihak penganjur.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada peserta adalah dua unit bot lengkap dengan enjin selain pelbagai lagi barangan elektrik.

Katanya, pertandingan itu akan berlangsung pada 25 Februari ini sepanjang 5.4 kilometer Sungai Melaka Fasa 2.

“Pertandingan ini adalah antara usaha kita laksanakan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), bagi pertandingan memancing peserta dikenakan yuran RM80 untuk setiap joran. Sementara itu bagi pertandingan memasak pula yuran adalah RM50 dan terhad kepada 100 penyertaan sahaja.

“Setakat ini ini penyertaan masih dibuka, kaki pancing dan mereka yang mahu menunjukkan bakat dalam masakan dialu-alukan untuk bersama-sama memeriahkan pertandingan ini,” kata Ketua Menteri pada Sidang Media TMM2024 dan Hari Pengisytiharan Hari Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Dijangkakan lebih 3,000 kaki pancing akan mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang menawarkan hadiah RM30,000 bagi johan; naib juara RM7,000; tempat ketiga RM3,000; tempat keempat hingga ke-10 RM500; tempat ke-11 hingga ke-20 RM300 dan tempat ke- 21 hingga ke-200 sebanyak RM150.

Sementara itu Petandingan Memasak Ikan Air Tawar dibahagikan kepada ‘modern ethnic cuisine Melaka’ dan ‘traditional ethnic cuisine Melaka’ pula menawarkan RM1,000 untuk johan, RM300 naib johan dan RM100 bagi tempat ketiga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1147
Kongsi :
Previous post Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu
Next post Jelajah Melaka 20 Februari ini
Ubah saiz-+=