
Lebih 94,000 pengunjung rebut peluang kemasukan percuma di 10 lokasi pelancongan
BANDA HILIR 20 Februari – Zoo Melaka menjadi lokasi pilihan utama pengunjung dan pelancong daripada 10 destinasi yang menawarkan kemasukan percuma sempena cuti umum sambutan Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Ke-68 hari ini.
Setakat jam 5 petang tadi Zoo Melaka merekodkan seramai 30,510 pelawat, diikuti 12 buah muzium kendalian Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan 28,342 pengunjung.
Muzium Penjara Malaysia turut menjadi tumpuan dengan merekodkan 11,371 pengunjung selepas dibuka bermula jam 9 pagi.
Sementara itu Melaka River Cruise (MRC) merekodkan seramai 8,936 orang penumpang dengan 212 trip perjalanan bot dari tiga jeti iaitu Taman Rempah, Pengkalan Rama dan Quayside.
Tarikan pelancongan terbaharu Melaka Heritage Studios pula merekodkan 6,000 pengunjung, Menara Taming Sari seramai 4,289 pelawat, manakala Balai Cerap Al-Khawarizmi seramai 3,500 orang.
Taman Laut Melaka pula merekodkan seramai 1,550 pengunjung dan empat kelab golf sekitar negeri ini mencatatkan 809 kemasukan pemain golf, hari ini.
Manakala, Melaka Wonderland Theme Park masih membuka operasinya sehingga malam ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
