Berkemeja kotak berusia 30 tahun sambut peristiwa penting

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BANDA HILIR 20 Februari – Menggayakan baju kemeja kotak dan seluar ‘yankee’ berusia lebih 30 tahun menjadi kebanggaan Suboh Manap, 62, antara pengunjung hadir memeriahkan Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Banda Hilir, di Banda Hilir, di sini, malam ini.

Dia bersama isteri, Shariffa Noordin, 57, sanggup menaiki motosikal dari kediaman mereka di Balai Panjang dengan pakaian era 50-an yang disimpannya sejak dari zaman muda.

“Pakaian ini saya simpan sejak berusia 30-an dan hari ini saya pakai sebab nak sambut ikut tema yang dikenakan pada sambutan ini.

“Baju ini dibeli ketika saya masih bujang, jadi bila kata ikut tema, orang rumah (isteri) menyarankan saya pakai kembali baju ini dengan lipat sinsing di lengan ala zaman P Ramlee,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Baginya sambutan itu diharap dapat memupuk perasaan cintakan sejarah dan kemerdekaan dalam kalangan orang muda di negara ini.

“Saya sokong sambutan ini jika ia diteruskan saban tahun, sebab ramai anak muda hari ini kurang mengenal erti kemerdekaan dan sejarah, jadi kita harap diteruskan demi mengukuhkan kecintaan kita kepada negara,” katanya.

Photo 6244663972443831239 Y
SALINAH.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Salinah Dollah, 51, dari Durian Tunggal turut mengenakan busana 50-an dengan berkebaya kuning serta lilitan sanggul di kepala.

Katanya, persalinan digayakan adalah pakaian kesayangannya yang disimpan sejak berusia 20 tahun.

“Hari ini saya pakai kebaya sebab ia sesuai dengan negeri ini yang kaya dengan kebudayaan Baba dan Nyonya, aksesori sanggup pula saya tempah dari kawan.

“Saya hari ini datang bersama rombongan menaiki bas dari Kampung Gangsa dan kami semua ‘sporting’ mengenakan pakaian 50-an untuk mengimbas kembali zaman dahulu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1801
Kongsi :
Previous post Lebih 94,000 pengunjung rebut peluang kemasukan percuma di 10 lokasi pelancongan
Next post Enam sesat di Gunung Angsi ditemukan selamat, seorang cedera
Ubah saiz-+=