
AADK sasar hijaukan 155 ‘port’ dadah
PANTAI KUNDOR 24 Februari – Sebanyak 16 kawasan berisiko tinggi (KBT) penagihan dadah disasarkan untuk ditukar status kepada kawasan berisiko rendah (KBR) oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tahun ini.
Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon berkata, sasaran itu ditetapkan rentetan daripada kejayaan 77 KBT mencapai status hijau dan bertukar kepada KBR tahun lalu.
Menurut beliau, di seluruh negara, sebanyak 155 KBT telah direkodkan pada tahun 2021 dan kesemua kawasan itu disasar akan bertukar status menjelang 2025.
“Ini adalah antara usaha untuk menurunkan kadar keparahan penagihan dadah di negara ini daripada 437 kes kepada 400 kes bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2025.
“Justeru antara yang dilakukan adalah memastikan 155 kawasan yang dikenal pasti sebagai KBT menjadi KBR dalam tempoh lima tahun bermula 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media program Walkabout Perdana sempena Peringatan Hari Anti Dadah 2024 di Pantai Puteri, di sini, hari ini.
Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERUNTUK RM78.67 JUTA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Peruntukan kebajikan rakyat Melaka terus meningkat saban tahun, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri menghulur tangan...
LEBIH 3,000 MERIAHKAN TAHUN BAHARU CINA BERKONSEP MELAKA SAYANG RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Lebih 3,000 masyarakat berbilang kaum memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Negeri Melaka...
PERPADUAN ASAS ‘KELUARGA BESAR MELAKA’
KLEBANG 4 Mac - Melaka terus menjadi contoh terbaik sebagai negeri yang memiliki perpaduan dan keharmonian yang utuh apabila sesebuah...
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...
BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
PAYA RUMPUT 3 Mac - Dakwaan mengaitkan jualan peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terjejas susulan sambutan hambar...
