Gilap pewaris seni ukiran kayu

Masa Membaca:55 Saat

BANDA HILIR 24 Februari – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memberikan pengalaman baharu kepada generasi muda menerusi penganjuran Bengkel Sentuhan Tangan Kreatif Eksplorasi Ukiran Kayu.

Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah berkata, bengkel itu memfokuskan tentang kepentingan memelihara warisan tidak ketara dalam bidang seni ukiran kayu.

“Dengan adanya bengkel ini peserta berpeluang mempelajari teknik ukiran kayu bersama tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

“Bengkel ini mempunyai dua siri yang mana siri pertama ialah pembuatan ‘key chain’ bilah keris menggunakan kayu dan siri kedua pembuatan ‘key chain’ sarung keris.

“Diharap ia dapat memberi kemahiran baharu kepada para peserta tentang kepentingan memelihara warisan tidak ketara agar tidak dilupakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Sentuhan Tangan Kreatif Eksplorasi Ukiran Kayu di Pavilion Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) Dataran Pahlawan, di sini, hari ini.

Erne berkata, seni ukiran kayu juga perlu dimanfaatkan sebagai salah satu aktiviti mengisi masa lapang pada hujung minggu.

“Diharap peserta dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk mendalami kerja-kerja seni ukiran kayu ini agar ia dapat memberi manfaat di masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1215
Kongsi :
Previous post AADK sasar hijaukan 155 ‘port’ dadah
Next post Acara sukan PBT rancakkan TMM2024
Ubah saiz-+=