
Pekerja restoran warga Myanmar didakwa bunuh rakan senegara
Hasang, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa Myanmar di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna hitam itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk sebutan kes.
Lelaki itu didakwa membunuh Kyaw Kyaw di gelanggang bola keranjang, taman permainan kawasan perumahan di Bandar Manjalara, Kepong, antara 12 tengah malam hingga 4 pagi pada 13 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DULU ‘KAWASAN MERAH’, KINI GUNUNG EMAS
ASAHAN 28 April - Sejarah sesuatu kampung merupakan asas kepada penghayatan asal-usul, perkembangan dan identiti sesebuah komuniti tempatan. Dengan menelusuri...
MELAKA MILIKI 10 KOPERASI PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Sebagai sebuah negeri pelancongan, koperasi berasaskan sektor itu kini semakin berkembang, kata Exco Pembangunan Usahawan,...
PEGAWAI JKM DI DAERAH JADI EJEN PEMBANGUNAN SOSIAL MASYARAKAT
SERI NEGERI 28 April - Pegawai Kes Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di peringkat daerah memainkan pelbagai peranan penting dalam...
TOKONG SATU ABAD PONDOK BATANG SIMBOL WARISAN
ASAHAN 28 April - Sebuah tokong berusia lebih 100 tahun di Kampung Baru Pondok Batang terus kekal menjadi nadi penyatuan...
1 PBT 1 AMBULANS: KOMITMEN MELAKA SEDIA PERKHIDMATAN KECEMASAN LEBIH MENYELURUH
SERI NEGERI 28 April – Semua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka kini memiliki perkhidmatan ambulans sendiri, sekali gus...
JKM BUAT PENILAIAN SECARA HOLISTIK SEBELUM SALUR BANTUAN
SERI NEGERI 28 April - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan penilaian secara holistik agar bantuan yang disalurkan menepati keperluan dan...
