
COVID-19: Dua kes baharu di Melaka
AYER KEROH 18 Nov. – Dua kes baharu direkodkan di Daerah Melaka Tengah semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif COVID-19 sebanyak 48 kes.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata jumlah kes keseluruhan yang masih aktif itu termasuk dua pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.
Katanya, turut direkodkan satu kes sembuh.
“Dua kes baharu melibatkan satu individu berusia 39 tahun dan didapati positif hasil saringan kontak rapat pesakit dari Kluster Berendam.
“Seorang lagi individu berusia 25 tahun di mukim Balai Panjang didapati positif hasil daripada jangkitan tempatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata, setakat ini 13 kawasan merekodkan zon kuning iaitu Ayer Molek; Cheng; Tanjung Minyak; Durian Tunggal; Kelemak dan Chohong.
“Turut direkodkan zon kuning adalah Ayer Panas; Merlimau; Bukit Rambai; Rim dan Bukit Katil,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...


