
Sukarelawan PMM gotong-royong bersih Masjid Jamek Ar-Rahim
MERLIMAU 15 Mac- Bagi menyuburkan bulan Ramadan, seramai 20 pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) turut serta dalam program gotong-royong di Masjid Jamek Ar-Rahim Merlimau Pantai, di sini, baru-baru ini.
Pengerusi Masjid Jamek Ar-Rahim, Ahmad Tulka berkata usaha PPM itu wajar dipuji kerana dapat memupuk amalan persekitaran yang bersih dan selesa buah jemaah.
“Alhamdulillah, program ini mendapat jalinan kerjasama yang amat erat antara pelajar, jawatankuasa masjid dan komuniti setempat.
“Amalan bersedekah melalui gotong-royong membersihkan masjid ini harus dicontohi lebih ramai anak muda dan kita harap dengan aktiviti begini mampu menjadi medan anak-anak muda lakukan kerja amal,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Sementara itu PMM menerusi satu kenyataan memaklumkan, pembabitan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan amat digalakkan kerana ia mampu memupuk semangat kerjasama selain bantu-membantu.
“Sumbangan tenaga sukarela bagi membersih dan mengindahkan masjid Masjid Jamek Ar-Rahim adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan PMM,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RTB RM450 JUTA SOLUSI JANGKA PANJANG AKHIRI EPISOD BANJIR LENDU
LENDU 10 Julai – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Baru bernilai RM450 juta, bakal menjadi penyelesaian jangka panjang mengatasi...
NAIK TARAF JALAN KAMPUNG AIR LIMAU-BANDAR BARU MASJID TANAH LANCAR
LENDU 10 Julai - Perjalanan pengguna yang melalui persimpangan Jalan Kampung Ayer Limau -Bandar Baru Masjid Tanah akan lebih lancar...
JELAJAH KETUA MENTERI SEJAHTERAKAN WARGA LENDU
LENDU 10 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa impak cukup besar dalam mensejahterakan kehidupan warga Dewan Undangan Negeri...
223 ADUAN RAKYAT LENDU SELESAI, BUKTI AMANAH DITUNAIKAN
LENDU 10 Julai – Sebanyak 223 daripada 282 aduan yang direkodkan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan...
BULATAN SOLOK DUKU KURANGKAN KESESAKAN SEHINGGA 75 PERATUS
LENDU 10 Julai – Pelaksanaan sistem bulatan atau ‘roundabout’ di persimpangan Solok Duku Jalan Padang Kemunting berjaya melancarkan aliran trafik...
RM67 JUTA SELESAKAN WARGA TELOK MAS
TELOK MAS 10 Julai - Lebih RM67 juta peruntukan telah disalurkan bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan kemudahan rakyat di...

