
Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya
KUANTAN, 11 April – Kegembiraan meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Central Spine Road (CSR) menghala ke Kuala Lipis petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Lipis Supritendan Ismail Man berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika mangsa, Mohd Mazuan Mat Zin, 44, bersama rakannya, Kisnawita Saad, 46, dalam perjalanan pulang ke Sungai Buluh, Selangor selepas bercuti hari raya Aidilfitri di Kelantan.
“Siasatan mendapati motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.
“Mangsa lelaki iaitu penunggang motosikal, Mohd Mazuan dan pembonceng wanita, Kisnawita meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Ismail berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AB RAUF FAIL SAMAN TERHADAP MOHAMAD ALI
AYER KEROH 20 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman...
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...

