
Polis kesan guru lelaki pukul rakan
CHUKAI, 21 April – Polis sedang mengesan seorang guru lelaki bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Kemaman hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mangsa yang juga guru bahasa Inggeris berusia 32 tahun itu didakwa ditumbuk dan disepak suspek di kantin sekolah kira-kira 6.55 pagi tadi.
Beliau berkata susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Air Putih dekat sini pada 8.20 pagi.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa lebam pada mata kiri. Polis kini memburu suspek yang berusia 49 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hanyan berkata kes berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ISU TAHANAN RUMAH NAJIB: ONN HAFIZ GESA NGO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA
SERKAM 7 November - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri...
AHMAD NORAZRIL BAWA ASPIRASI ‘KELUARGA REMBIA’
REMBIA 7 November - Kebajikan rakyat dan pembangunan infrastruktur setempat menjadi antara keutamaan calon Barisan Nasional (BN) N06 Dewan Undangan...
PRN MELAKA: TOK MAN MAHU TELITI PUNCA BANJIR DI SERKAM
SERKAM 7 November – Pembinaan sistem perparitan semata-mata tidak mencukupi untuk menangani masalah banjir jika aspek perancangan dan penyelenggaraannya tidak...
38 PENIAGA RAIH MANFAAT, BAZAR DEEPAVALI RANCAKKAN EKONOMI LITTLE INDIA
BANDA HILIR 7 November - Seramai 38 peniaga mengambil bahagian dalam Bazar Deepavali di Little India yang berlangsung sehingga 7...
PRN MELAKA: MUAFAKAT MELAKA BERTERASKAN INTEGRITI, KEMAKMURAN DAN KEADILAN – ZULKIFLI
AYER KEROH 7 November - Gagasan Muafakat Melaka yang digerakkan menerusi kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berteraskan...
‘SATU BUMBUNG, SATU KELUARGA’ PEGANGAN PPPPK BANTU PENIAGA SAMUDERA
BANDAR HILIR 7 November - Berpegang kepada prinsip 'satu bumbung, satu keluarga', Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu (PPPPK) Cawangan...
