
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
TUMPAT, 22 April – Polis menahan dua lelaki dan merampas 1,064 pil yaba bernilai RM11,182 menerusi dua serbuan di sini, pada Khamis dan Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata dalam serbuan pertama kira-kira 6 petang, Khamis lepas, polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba bernilai RM5,962 dalam beg silang miliknya.
“Serbuan kedua pula terhadap seorang duda berusia 30-an pada 11 malam, di Kampung Kolam Teratai, Palekbang, keesokan harinya, dan polis menjumpai 522 pil yaba bernilai RM5,220 di dalam poket seluarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak awal tahun lepas.
Menurut Mohd Khairi seorang daripadanya direman hingga Khamis ini manakala seorang lagi hingga Jumaat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF FAIL SAMAN TERHADAP MOHAMAD ALI
AYER KEROH 20 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman...
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
