
Geng Ayoi tumpas, tiga lelaki ditahan
KUALA LUMPUR, 22 April – Polis menumpaskan geng Ayoi yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Hulu Selangor dan Gombak dekat sini selepas menahan tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata ketiga-tiga suspek yang berumur 23 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada 3 pagi dan pihaknya turut merampas motosikal jenama Honda RSX, dua topi keledar, sehelai baju berwarna hitam serta sepasang kasut.
“Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. Ujian air kencing pula mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Tetrahydrocannabinol,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Faizal percaya dengan tangkapan itu polis telah menyelesaikan sembilan kes samun di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah kepada pihak polis supaya tindakan selanjutnya dapat diambil,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
CIMIC DEKATKAN RAKYAT DENGAN ‘DUNIA’ PERTAHANAN
KLEBANG 30 Ogos - Penganjuran Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil Military Cooperation – CIMIC) menjadi platform penting dalam mendekatkan masyarakat dengan...
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
KERAJAAN TERUS DEKATI RAKYAT, DENGAR DENYUT NADI AKAR UMBI
TABOH NANING 30 Ogos - Program turun padang menjadi medan penting buat kerajaan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi, selain...
NEGERI LAIN DISARAN CONTOHI MELAKA LANTIK WAKIL ATM DALAM PBT
KLEBANG 30 Ogos - Semua Kerajaan Negeri disaran mengikuti langkah Melaka dengan melantik wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Ahli...
MELAKA BERSEDIA MENJADI LOKASI PENGANJURAN ‘LIMA’
KLEBANG 30 Ogos - Melaka bersedia memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) sekiranya diberikan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA BAKAL ‘GEGAR’ ALOR GAJAH
SERI NEGERI 30 Ogos - Festival Sungai Melaka 2026 bakal menggegarkan daerah Alor Gajah menerusi tiga program menarik di tiga...

