
Pemain bola sepak disimbah asid kini dirawat di hospital di Petaling Jaya, keadaan stabil
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pemain bola sepak kebangsaan yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara petang tadi, kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.51 petang tadi.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular gambar pemain sayap pasukan Selangor FC Faisal Halim mengalami kecederaan pada badan dipercayai akibat disembah asid.
Difahamkan, pemain berkenaan diserang selepas bermain go-kart di pusat beli-belah itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR PACU PERUBAHAN POSITIF DURIAN TUNGGAL – PENDUDUK
DURIAN TUNGGAL 8 November - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal terbukti bukan sekadar...
BENANG KAIT TERAPI HIDUP NORHATINI
AYER KEROH 8 November – Bermula hanya dengan sebatang ranting kayu dan tali rafia, minat seorang wanita terhadap seni kait...
JATI DIRI MELAYU-ISLAM PERLU DIHIDUPKAN SEMULA
AYER KEROH 8 November – Tamadun Melayu-Islam mempunyai asas kekuatan yang terbina berabad lamanya dan perlu kembali difahami melalui ilmu,...
PERSIDANGAN HIMPUN PAKAR DALAM DAN LUAR NEGARA PERKUKUH BUKTI PENEMUAN KAPAL PURBA
BANDA HILIR 8 November - Satu persidangan yang akan menghimpunkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara akan diadakan bagi memperkukuh...
WRUR: PENANTIAN MASJID KAMPUNG GANGSA BERAKHIR
DURIAN TUNGGAL 8 November - Masjid baharu Kampung Gangsa bakal menelan kos keseluruhan RM12 juta sekali gus menamatkan penantian penduduk...
NOURUL AUNA, PERMATA MELAKA DI BUMI ANBIYA
AYER KEROH 7 November - Nourul Auna Razali menjadi permata kebanggaan Negeri Melaka apabila meraih keputusan cemerlang dan diangkat sebagai...
