
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan sekerja wanita, akauntan didenda RM4,500
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman memerintahkan Chong Soon Hoe, 25, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Chong didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 28 tahun di sebuah pejabat dalam daerah Melaka Tengah pada 4.30 petang 7 Mei lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian manakala tertuduh diwakili peguam Kent Tan Chow Teng.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai ejen cukai menjumpai CCTV itu dan pemeriksaan oleh wanita tersebut mendapati Chong telah memasang peralatan tersebut selain terdapat rakaman mangsa di tandas.
Pada prosiding itu, Tan memohon mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik kepada anak guamnya kerana ia adalah kesalahan pertama Chong dan tertuduh telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SASAR LEBIH 38,440 UNIT RUMAH MAMPU MILIK
SERI NEGERI 7 Julai – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda perumahan rakyat dengan menyasarkan pembinaan lebih 38,440 unit Rumah Mampu...
RUMAH KOS RENDAH, MAMPU MILIK DIBINA DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 7 Julai - Sebanyak 903 unit kediaman akan dibangunkan di atas tanah seluas 26.5 hektar di Mukim Durian...
MPHTJ ANJUR DUA PROGRAM KOMUNITI TANGANI DENGGI DAN HAIWAN TERBIAR
BEMBAN 7 Julai - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan melaksanakan dua program komuniti membabitkan Kempen Pencegahan Denggi dan...
SUKAN MELAKA 2026 PENTAS GILAP PERMATA SUKAN NEGERI
AYER KEROH 7 Julai – Sukan Melaka 2026 bukan sekadar medan pertandingan, malah ia menjadi platform mencungkil bakat atlet baharu...
LEBIH 3,000 HELMET EKSKLUSIF MENANTI PESERTA FESTIVAL ANAK MUDA MELAKA
TANJUNG BIDARA 7 Julai - Seramai 3,000 peserta bertuah Festival Anak Muda Melaka bakal membawa pulang helmet edisi khas bercorakkan...
DUN AYER LIMAU JUARA KESELURUHAN SUKAN PIALA KETUA UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 7 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau muncul juara keseluruhan Sukan Piala Ketua UMNO Bahagian Masjid...
