Elak layan panggilan ‘scammer’ untuk suka-suka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDARAYA MELAKA 10 Mei – Orang ramai khususnya rakyat di negeri ini dinasihatkan agar tidak melayan panggilan ‘scammer’ dengan niat sekadar untuk suka-suka.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, ini kerana tindakan tersebut dikhuatiri boleh membawa kesan buruk kepada penerima panggilan.

Ini kerana, jelas beliau penjenayah dalam talian mempunyai pelbagai cara untuk menipu sehinggakan ada yang tidak sedar telah menjadi mangsa penipuan.

“Nasihat saya, jangan rasa diri kita paling pandai dan tahu maklumat tentang ‘scammer’ sehingga ada yang cuba melayan panggilan yang diterima.

“Ini kerana kadang-kadang daripada niat kita mahu melayan boleh timbul kerosakan yang kita tidak sedar.

“Jika merasakan diri kita menerima panggilan mencurigakan, adalah lebih baik untuk berbincang dengan individu yang rapat dengan kita dan elakkan daripada cuba menyelesaikannya sendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersiaran dalam segmen ‘Apa Khabau YB’ di Melaka FM, semalam.

Untuk rekod, sepanjang tahun lalu, seramai 1,571 rakyat Melaka telah menjadi mangsa penipuan ‘scammer’ membabitkan nilai kerugian berjumlah RM40.5 juta.

Polis Kontinjen Melaka memaklumkan antara kes penipuan tertinggi direkodkan ialah tipu pembelian dalam talian iaitu sebanyak 528 kes dan diikuti tipu pelaburan tidak wujud sebanyak 296 kes.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

85
Kongsi :
Previous post Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan sekerja wanita, akauntan didenda RM4,500
Next post Jangan diam jika alami kesusahan hidup
Ubah saiz-+=