Jangan diam jika alami kesusahan hidup

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

ASAHAN 10 Mei – Masyarakat yang berdepan kepayahan hidup di negeri ini diminta tampil ke depan untuk membolehkan pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, tindakan berdiam diri sama sekali tidak dapat membantu mereka, bahkan hanya membuatkan mereka tercicir daripada menerima bantuan atau sumbangan yang bersesuai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan berkata, hubungan baik sesama masyarakat juga amat diperlukan dalam memastikan semua yang layak dibantu sewajarnya.

“Kadang-kadang kita melihat ada masyarakat lebih mendiamkan diri daripada menceritakan masalah yang dihadapi sesama mereka dan ini membuatkan misi bantuan ini sukar dijejaki kepada yang lebih memerlukan.

“Perkara ini menjadi keutamaan saya dan sering saya mengingatkan kepada semua pemimpin masyarakat supaya lebih cakna dengan soal kebajikan ini dengan menjalinkan hubungan baik sesama masyarakat supaya kita dapat tahu apa masalah yang mereka hadapi.

“Jika hidup bermasyarakat ini dapat dieratkan dengan mengambil berat antara satu sama lain, kita akan dapat memastikan bantuan kebajikan tidak akan dilengahkan jika ada yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Penyerahan Program Baik Pulih Rumah Asnaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Tahun 1455/2024M di Kampung Air Repat dan Kampung Pondok Batang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis.

Tambah Fairul Nizam, Kerajaan Negeri sentiasa cakna terhadap isu kehidupan masyarakat yang memerlukan supaya mereka mampu menempuh kehidupan sama seperti insan lain.

“Kita akan cuba pastikan soal kebajikan seperti tempat tinggal golongan ini selesa seperti orang lain, malah kita akan bergerak bersama pelbagai agensi di negeri ini untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

121
Kongsi :
Previous post Elak layan panggilan ‘scammer’ untuk suka-suka
Next post Tidak perlu lagi ‘berteman’ air hujan
Ubah saiz-+=