
Kawalan balai polis, kawasan berprofil tinggi termasuk istana dipertingkat – KPN
JOHOR BAHRU, 17 Mei – Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
“Ini merupakan tindakan intervensi kita bagi menyekat apa-apa tindakan Jemaah Islamiyah, ia mustahak dan (menjadi) tanggungjawab kami terutama dalam tingkat kawalan anggota,” katanya pada sidang media di Balai Polis Ulu Tiram di sini hari ini.
Beliau dalam masa sama meminta pegawai dan anggota yang bertugas di dalam atau luar lapangan untuk sentiasa bersiap siaga dan berhati-hati sepanjang masa.
Dalam kejadian 2.45 pagi tadi tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun dan suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.
Suspek lelaki yang ditembak mati itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah dan serbuan telah dilakukan ke atas rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berusia 19 hingga 62 tahun. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKASA PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI
TABOH NANING 8 Mei - Aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli di Melaka sentiasa diberikan perhatian oleh Kerajaan...
NEK PEAH KONGSI KISAH HIDUP 102 TAHUN
ASAHAN 8 Mei - Meskipun sudah menginjak usia 102 tahun, warga emas tertua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Peah...
JALAN BAHARU UBAH KEHIDUPAN PENDUDUK
MACHAP JAYA 8 Mei - Pembukaan jalan baharu menghubungkan Tebong ke Hutan Percha memberi impak besar kepada penduduk setempat apabila...
WRUR AYER MOLEK: JASA BEKAS GURU JAIM MASIH JADI SEBUTAN RAMAI
AYER MOLEK 8 Mei - Meskipun sudah bersara jasa bekas guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM tetap dikenang, bukan sahaja...
APEL.A UiTM BANDARAYA MELAKA BUKA PELUANG PEKERJA BERPENGALAMAN IKUTI PENGAJIAN MBA
BANDARAYA MELAKA 8 Mei - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka membuka peluang kepada pekerja berpengalaman untuk menyambung pengajian...
BALAI RAYA TAMAN SRI HILIR KEMBALI ‘BERNYAWA’
ASAHAN 6 Mei - Balai Raya Taman Sri Hilir kembali 'bernyawa' selepas melalui proses baik pulih dan kembali berfungsi sebagai...
