
Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman
SIBU, 6 Jun – Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang memandu sebuah kenderaan secara bersendirian di bandar ini telah dikenakan tindakan saman oleh polis.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan kira-kira 6.50 petang semalam.
Beliau berkata kanak-kanak itu dan ibu bapanya dibawa ke Pejabat Trafik Polis Sibu untuk siasatan.
“Hasil siasatan mendapati pemandu kereta tersebut iaitu kanak-kanak lelaki berkenaan menghidap autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya polis mendapat maklumat berhubung video berdurasi 30 saat yang tular di laman sosial kira-kira 3 petang semalam, menunjukkan kanak-kanak berkenaan memandu kereta secara bersendirian di Jalan Kampung Nyabor di sini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI ‘BANDAR MATI’ KE TRANSFORMASI AGENSI AGAMA, RAHMAD KONGSI PENGALAMAN TERAJUI 3 EXCO
AYER KEROH 25 Mei - Pengalaman memegang tiga portfolio Exco Kerajaan Negeri meninggalkan pelbagai kenangan manis, pahit dan cabaran sepanjang...
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
