
Bayi lima bulan patah tangan kiri di rumah pengasuh
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku semalam selepas ibu mangsa menghantar bayi itu ke rumah pengasuh pada waktu pagi.
“Kira-kira 11 pagi, ibu mangsa menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan bayi itu demam. Ibu mangsa bergegas ke rumah pengasuh dan mendapati bayinya dalam keadaan tidak bermaya. Dia terus bawa bayi itu ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Polis kemudian menerima laporan daripada pegawai perubatan pada 1.30 petang semalam dan mangsa dilaporkan stabil dan ditempatkan di wad untuk pemantauan serta rawatan lanjut.
Beliau berkata pengasuh itu akan dipanggil memberi keterangan dalam waktu terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: JALALUDDIN HASSAN TURUN PADANG, BANTU PERJUANGAN BN-PN
BUKIT KATIL 7 November - Pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan, meluangkan masa turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) bagi...
PRN MELAKA: PENGALAMAN JADI PENGHULU KELEBIHAN TOK JEZ DI SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Pengalaman berkhidmat sebagai penghulu serta hubungan rapat dengan masyarakat setempat menjadi kelebihan calon Barisan Nasional...
PRN MELAKA: BN PILIH KEMPEN TENANG, PERTARUH REKOD KERJA SANTUNI RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 7 November - Barisan Nasional (BN) Melaka memilih pendekatan kempen secara tenang dan sederhana menjelang hari pengundian Pilihan...
PRN MELAKA: ‘MACAMLAH PEMIMPIN MEREKA MALAIKAT’ – ONN HAFIZ
SERKAM 7 November - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas pendekatan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang...
PRN MELAKA: BN YAKIN PENERIMAAN DI KAWASAN SASARAN MELEBIHI 70 PERATUS – AB RAUF
SUNGAI RAMBAI 7 November - Barisan Nasional (BN) Melaka yakin mampu meraih sokongan melebihi 70 peratus di beberapa kawasan sasaran...
ISU TAHANAN RUMAH NAJIB: ONN HAFIZ GESA NGO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA
SERKAM 7 November - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri...
