500 asnaf terima Kurniaan Bakul Makanan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KOTA LAKSAMANA 14 Jun – Kegembiraan dan rasa teruja jelas terpancar pada raut wajah 500 asnaf yang diraikan pada Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Melaka di Dataran Pengkalan Rama, di sini, hari ini.

Pada program berkenaan asnaf sekitar daerah Melaka Tengah turut menerima Kurniaan Bakul Makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Terdahulu keberangkatan Sultan Ibrahim, disambut Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Rakyat setempat juga dilihat tidak melepaskan peluang memenuhi perkarangan Dataran Pejabat Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) untuk melihat secara dekat Yang di-Pertuan Agong ke-17 itu.

Majlis Jamuan Teh itu turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan daripada penari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) Negeri Melaka, pelajar beberapa buah sekolah dan Briged Seni Melaka yang diiringi Kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Terdahulu, seawal jam 4 petang orang ramai mula berkumpul di sepanjang jalan menunggu keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

110
Kongsi :
Previous post Bayi lima bulan patah tangan kiri di rumah pengasuh
Next post Sultan Ibrahim mencemar duli melawat Banda Hilir
Ubah saiz-+=