
Sultan Ibrahim mencemar duli melawat Banda Hilir
BANDA HILIR 14 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli melawat ke sekitar Bangunan Stadthuys, di sini, hari ini.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda pada jam 6.30 petang itu diiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Turut bersama pada lawatan itu, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.
Sultan Ibrahim meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat ke sekitar lokasi pelancongan popular Negeri Melaka itu.
Pada lawatan itu, Seri Paduka Baginda turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang diadakan sebagai penyeri Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Yang di-Pertuan Agong juga sempat beramah-mesra dan menyantuni pelancong serta pengunjung di Banda Hilir sebelum berangkat lepas kira-kira jam 6.45 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARI KEBANGSAAN MELAKA: 30 BAS, 90 VAN SHUTTLE PERCUMA MUDAHKAN ORANG RAMAI
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sebanyak 30 bas dan 90 van ulang-alik (shuttle) percuma disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan pergerakan...
ZAKAT RIQAB MAIM BANTU ‘ORANG DISELIA’ BINA HIDUP BAHARU
MERLIMAU 21 Ogos - Sebanyak RM70,000 daripada peruntukan zakat Riqab Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disalurkan bagi merealisasikan Kafe Riqab...
CHARITY RIDE PDRM-IPSC SANTUNI 10 PESARA POLIS DI MELAKA
AYER KEROH 21 Ogos – Program Konvoi ‘Charity Ride’ Kontinjen Negeri Sembilan bersama Ipoh Superbike Club (IPSC) sempena Sambutan Hari...
TUN DR. MOHD ALI SEMPURNAKAN PERASMIAN MASJID AL-MUKMINUN SERI MENDAPAT
SUNGAI RAMBAI 21 Ogos - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan perasmian Masjid Al-Mukminun...
20,000 T-SHIRT, 2,000 HELMET EKSKLUSIF JADI TARIKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sebanyak 20,000 helai t-shirt istimewa dan 2,000 helmet eksklusif bakal menjadi antara tarikan utama Karnival...
HARI KEBANGSAAN: 13 PRODUK PELANCONGAN MELAKA PERCUMA UNTUK RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka bukan hanya tertumpu kepada acara kemerdekaan, malah rakyat Malaysia...
