
Banjir Kilat sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
MELAKA 29 Jun – Sebanyak 47 mangsa dari sembilan keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Bukit Balai, Durian Tunggal, Alor Gajah setakat 7.30 pagi ini susulan banjir kilat yang melanda sejak malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim dalam kenyataan hari ini berkata PPS dibuka pada 11.30 malam tadi itu menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.
Beliau berkata hujan lebat berterusan menyebabkan air sungai dan parit melimpah di kawasan penempatan yang rendah.
Dalam kejadian hujan lebat 4 petang semalam, sebuah kereta mewah turut dilaporkan mengalami kerosakan manakala seorang penunggang motosikal cedera selepas kenderaan tersebut dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sungai Putat menghala Batu Berendam. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZOO MELAKA BILA LARUT MALAM MEMANG BERBALOI
AYER KEROH 6 April - Night Safari Zoo Melaka bersempena inisiatif Melaka Bila Larut Malam disifatkan sebagai tawaran yang sangat...
WRUR ASAHAN BELA KEBAJIKAN 113 KELUARGA MEMERLUKAN
ASAHAN 6 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal menyantuni seramai 113 keluarga...
PBT MELAKA PERHEBAT AGENDA PELANCONGAN 2026
BANDA HILIR 6 April - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini memberi tumpuan kepada aspek naik taraf...
WRUR ASAHAN: MAIM SANTUNI, BANTU CANTIKKAN RUMAH ASNAF
ASAHAN 7 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) terus mempergiat usaha kebajikan dengan membantu...
‘JAMUAN AIDILFITRI MACHAP JAYA MERIAH MACAM BERAYA DI KAMPUNG’
MACHAP JAYA 6 April - Persekitaran Felda Hutan Percha yang masih kaya dengan ciri-ciri kampung tradisional selain pelita yang menyinari...
MBMB SAHUT GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT, CERIAKAN 250 WARGA BANDARAYA
BANDA HILIR 6 April - Seramai 250 orang dari 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya...
