
Gabung tiga negeri jadi Jelapang Padi Selatan
SERI NEGERI 9 Julai – Cadangan mewujudkan Jelapang Padi Selatan menggabungkan tiga negeri akan dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada tahun hadapan.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, gabungan itu bakal membabitkan Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.
Jelas beliau, ketiga-tiga negeri berkenaan tidak dikategorikan sebagai kawasan jelapang padi, berikutan itu KPKM tidak dapat menyalurkan peruntukan.
“Antara untuk menjadi kawasan jelapang padi adalah keluasan sawah sekurang-kurangnya antara 3,000 hingga 5,000 hektar, tetapi di Melaka kita hanya ada 1,000 hektar sahaja.
“Jadi kita telah berbincang dengan exco pertanian Johor dan Negeri Sembilan untuk bergabung bersama dan usahakan cadangan ini,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr. Muhamad Akmal berkata antara perkara lain perlu dilakukan untuk merealisasikan inisiatif itu adalah menggazetkan kawasan sawah padi sedia.
“Selepas kawasan sawah padi digazetkan, tidak akan ada lagi projek pembangunan atau perumahan dilaksanakan di kawasan tersebut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
835 KEMALANGAN AKIBAT HAIWAN BERKELIARAN DIREKODKAN DI MELAKA
MERLIMAU 16 Mei - Sebanyak lebih 50 aduan dan 835 kemalangan berkait haiwan ternakan berkeliaran telah direkodkan di Melaka sejak...
MELAKA TAWAR INSENTIF ‘TAGGING’ LEMBU, KERBAU PERCUMA HINGGA HUJUNG TAHUN
MERLIMAU 16 Mei - Semua penternak lembu dan kerbau di negeri ini disaran memanfaatkan insentif pemasangan 'tagging' secara percuma bagi...
MELAKA NEGERI PERTAMA PERKENAL ‘KAD PENGENALAN’ LEMBU, KERBAU
MERLIMAU 16 Mei - Melaka muncul negeri pertama di Malaysia memperkenalkan identiti digital yang berfungsi seakan kad pengenalan bagi lembu...
HARI MUZIUM ANTARABANGSA: PERZIM TAWAR POTONGAN TIKET 30 PERATUS
AYER KEROH 16 Mei - Orang ramai berpeluang menikmati potongan harga tiket masuk sebanyak 30 peratus untuk masuk ke muzium...
MELAKA MILIKI 4 KEMUDAHAN FARMASI PANDU LALU
MERLIMAU 16 Mei - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka terus memperkasakan perkhidmatan kesihatan awam apabila memperluaskan Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu di...
INISIATIF MBMB BANTU KURANGKAN 1.1 JUTA KILOGRAM KARBON DIOKSIDA
AYER KEROH 16 Mei - Program Anda Kitar Kami Bayar (AKKB) anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah membawa impak...
