
Negeri Sembilan peruntuk RM2.68 juta selaras acara pelancongan 2021
Menteri BesarΒ Datuk Seri Aminuddin Harun berkataΒ peruntukanΒ berkenaan adalahΒ bagiΒ membantu sektorΒ pelancongan yangΒ terjejasΒ akibat penularan pandemik COVID-19 dan ia akan diselaraskan oleh Lembaga PelanconganΒ Negeri Sembilan.
βIa akan ditentukan berdasarkan kriteria iaitu melibatkan pelancongan berskala kecil, mengurangkan program melibatkan kumpulan ramai dan mematuhi peraturan dan arahan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa,β katanya ketika sesi Pertanyaan LisanΒ pada Persidangan KetigaΒ (Belanjawan) Penggal Ketiga, DUN Negeri Sembilan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar (BN-Bagan Pinang) yang ingin tahuΒ perancangan kerajaanΒ negeri bagi acara pelanconganΒ di negeri ini pada 2021 jika negara masih berhadapanΒ dengan pandemik COVID-19.
AminuddinΒ (PH-Sikamat) juga memaklumkan bahawaΒ LembagaΒ Pelancongan negeri akanΒ terus meningkatkan promosi pelancongan melalui pelaksanaan program-program tertentu bagiΒ meningkatkan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara, setelahΒ keadaan COVID-19 reda.
Menjawab soalanΒ tambahan Tun Hairuddin mengenaiΒ langkah kerajaan bagi membantu sektor perhotelan danΒ inap desa sekiranya COVID-19 masih berterusan, menteri besar berkataΒ kerajaanΒ negeri sedang merangka dan akan mengambil tindakan sewajarnya melalui pemberian insentif dan bantuan kepada mereka yang terkesan.
βIa akan diumumkan pada awal tahunΒ hadapan,β katanya.
Persidangan DUN Negeri Sembilan berlangsung selama lima hari bermula hari ini.
— BERNAMA


