
Politeknik baharu Melaka di DUN Kuala Linggi
SERI NEGERI 11 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menjadi hab pendidikan baharu Melaka apabila sebuah politeknik baharu akan dibangunkan di kawasan tersebut.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, politeknik berkenaan bakal digabungkan bersama Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sekiranya ia dimuktamadkan kelak.
“Setakat ini, Kerajaan Negeri hampir memuktamadkan bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membangunkan politeknik yang digabungkan bersama UNIMEL di Kuala Sungai Baru.
“Insya-Allah, jika direalisasikan kelak, Kuala Linggi akan menjadi satu lagi hab pendidikan baharu untuk Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab ucapan penangguhan Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) pada penggulungan Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.
Menurut Ab Rauf, selain pendidikan, Kuala Linggi juga bakal menjadi hab pelabuhan baharu menerusi Kuala Linggi International Port (KLIP) yang kini sedang dalam pembinaan.
“Selain Sungai Udang, DUN Kuala Linggi juga mempunyai nilai pelaburan tertinggi dalam Negeri Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LAKAR LEBIH 200 PENCAPAIAN DALAM 3 TAHUN
AYER KEROH 9 Mac - Lebih 200 pencapaian berjaya dilakar di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
MELAKA MAJUKAN LEBIH 432 EKAR TANAH ADAT
AYER KEROH 9 Mac - Sebanyak 432.04 ekar Tanah Adat Melaka telah berjaya dimajukan melalui pelbagai projek pembangunan yang memberi...
AIDILFITRI: HAMPIR 40,000 PARKIR PERCUMA DI MELAKA SELAMA 7 HARI
AYER KEROH 9 Mac - Melaka bersetuju memberikan parkir percuma kepada rakyat dan pelancong selama tujuh hari sempena Hari Raya...
MELAKA SANTUNI LEBIH 26,000 ASNAF SEMPENA RAMADAN
AYER KEROH 9 Mac - Lebih 26,000 asnaf telah disantuni Kerajaan Negeri sempena Ramadan tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN TERTINGGI DALAM 22 TAHUN
AYER KEROH 9 Mac - Melaka terus melakar pencapaian membanggakan dalam sektor pelaburan apabila berjaya memecah rekod selama 22 tahun....
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT PADA 28 MAC
AYER KEROH 9 Mac - Melaka bakal menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 pada 28 Mac 2026 (Sabtu). Ketua Menteri Datuk...
