
Curi duit majikan: Bekas kerani hotel dipenjara 20 hari, didenda RM2,000
KUALA LUMPUR 22 Julai – Seorang bekas kerani hotel dijatuhkan hukuman penjara 20 hari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri duit majikannya lebih RM4,000, minggu lepas.
Majistret S. Mageswary memerintahkan hukuman penjara terhadap Pamela Lynn Albert Mentri, 37, itu bermula hari ini dan dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.
Wanita itu, yang ketika kejadian bekerja sebagai kerani didakwa mencuri wang berjumlah RM4,129.60 dari peti wang di sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail di sini, antara 3 hingga 16 Julai.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengurus keselamatan hotel itu (pengadu) mendapati tertuduh telah mengambil wang tersebut untuk kegunaan sendiri dan tertuduh kemudian mengaku melakukan perbuatan itu selepas ditanya oleh pengadu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Peguam Law Min yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara dan denda paling minima atas alasan anak guamnya mempunyai keluarga dan menanggung kos perubatan ibu dan bapanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
YB ALONG SAYANG, JAGA GENERASI KEDUA FELDA BUKIT SENGGEH
ASAHAN 26 Oktober - Selain menyelesaikan isu pemilikan tanah, generasi kedua Felda Bukit Senggeh juga dibantu untuk memiliki kediaman sendiri,...
MESRA KEBAJIKAN: DI SEBALIK LAMPIN, TIN SUSU ADA KELEGAAN BUAT RAKYAT
AYER KEROH 26 Oktober - Kos mendapatkan susu khas dan lampin pakai buang yang mencecah ratusan ringgit menjadi beban buat...
780 SYARIKAT BUKA LALUAN KERJAYA BUAT GRADUAN ICYM
DURIAN TUNGGAL 26 Oktober - Kerjasama dengan lebih 780 syarikat industri membuka peluang kepada graduan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM)...
PRN MELAKA: BN PILIH TONJOL HASIL KERJA, BUKAN BURUKKAN LAWAN – MOHD NOOR HELMY
TELOK MAS 26 Oktober - Rekod pelaksanaan pelbagai inisiatif rakyat dan janji yang ditunaikan menjadi sandaran kempen Barisan Nasional (BN)...
PRN MELAKA: BN PERKUKUH JR DIGITAL, KUASAI ‘SERANGAN UDARA’
TELOK MAS 26 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka akan memperkukuh pendekatan Jalinan Rakyat (JR) digital bagi meluaskan penyampaian maklumat...
PRN MELAKA: GAGAL CARI KELEMAHAN, SERANGAN PERIBADI BAKAL JADI SENJATA LAWAN
TELOK MAS 26 Oktober - Serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) di DUN Duyong dan Telok Mas dijangka menjadi...
