
Curi duit majikan: Bekas kerani hotel dipenjara 20 hari, didenda RM2,000
KUALA LUMPUR 22 Julai – Seorang bekas kerani hotel dijatuhkan hukuman penjara 20 hari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri duit majikannya lebih RM4,000, minggu lepas.
Majistret S. Mageswary memerintahkan hukuman penjara terhadap Pamela Lynn Albert Mentri, 37, itu bermula hari ini dan dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.
Wanita itu, yang ketika kejadian bekerja sebagai kerani didakwa mencuri wang berjumlah RM4,129.60 dari peti wang di sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail di sini, antara 3 hingga 16 Julai.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengurus keselamatan hotel itu (pengadu) mendapati tertuduh telah mengambil wang tersebut untuk kegunaan sendiri dan tertuduh kemudian mengaku melakukan perbuatan itu selepas ditanya oleh pengadu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Peguam Law Min yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara dan denda paling minima atas alasan anak guamnya mempunyai keluarga dan menanggung kos perubatan ibu dan bapanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
