
Kes COVID-19 di Jakarta terus membimbangkan
JAKARTA 1 Dis. – Gabenor Jakarta dan timbalannya turut dijangkiti COVID-19 ketika provinsi itu terus mencatatkan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan.
Anies Baswedan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ujian calitan yang dilakukannya semalam menunjukkan beliau positif, selepas dua hari timbalannya, Ahmad Riza Patria disahkan dijangkiti virus itu.
“Setelah berkonsultasi dan sesuai dengan arahan doktor, saya akan menjalani isolasi mandiri dan mengikuti prosedur perubatan yang ditetapkan pasukan perubatan,” katanya.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia semalam, Jakarta menjadi provinsi yang mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 136,861 kes.
Sebanyak 1,099 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, manakala jumlah kematian keseluruhan di provinsi itu kini 2,660 kes.
Semalam, Indonesia mencatatkan 4,617 kes positif baharu menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini berjumlah 538,883 kes.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF FAIL SAMAN TERHADAP MOHAMAD ALI
AYER KEROH 20 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman...
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
