
GURU WANITA DIDAKWA CEROBOH PEJABAT BEKAS TEMAN LELAKI
N Retha, 41, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth, 35, pada kira-kira 3 petang di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan, melarang tertuduh mendekati mangsa hingga kes selesai.
Peguam N Villasini memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya merupakan ibu tunggal kepada anak berusia 14 dan 16 tahun, mempunyai bapa yang menghidap penyakit jantung selain telah berkhidmat sebagai guru selama 21 tahun.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa hingga kes selesai dan menetapkan 18 Okt ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR: TANAH PERKUBURAN ISLAM DUN DURIAN TUNGGAL ‘MESRA PENGUNJUNG’
DURIAN TUNGGAL 30 Oktober – Tanah perkuburan Islam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal ditransformasikan agar lebih mesra pengunjung,...
WRUR: PENDUDUK KAMPUNG PULAU MOHON PEMBINAAN MASJID BAHARU
DURIAN TUNGGAL 30 Oktober - Permohonan pembinaan sebuah masjid baharu antara 23 aduan dibangkitkan pada sesi 'town hall' masyarakat Kampung...
KETUA MENTERI RAIKAN PEMENANG CABUTAN BSN SSP
LENDU 30 Oktober - Ketua Menteri Datuk Sri Utama Ab Rauf Yusoh meluangkan masa untuk hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabutan...
HONDA MALAYSIA PERKASA INISIATIF HIJAU, PROMOSI PELANCONGAN DI MELAKA
SERI NEGERI 30 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka menjalinkan hubungan kerjasama strategik dengan Honda Malaysia menerusi penggunaan 25 unit kenderaan...
BAYI SEMBILAN BULAN MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN
BANDAR PERMAISURI 30 Oktober - Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 79...
‘JANGAN TUNGGU SAKIT BARU JUMPA DOKTOR’
DURIAN TUNGGAL 30 Oktober - Rakyat Melaka disarankan supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, sekali...

