‘ORANG MELAKA SEMUA SABAU DULU, TUNGGU PENGUMUMAN SPR ESOK’ – AB RAUF

Masa Membaca:59 Saat

PAYA RUMPUT 6 Oktober – Semua rakyat Melaka diminta bersabar menunggu maklumat lanjut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh penting iaitu hari penamaan calon dan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diumumkan esok.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyifatkan pengumuman berkenaan sebagai penentuan ‘hari jadi’ rakyat Melaka, sambil meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi daripada SPR.

“Soalan politik esok (Rabu), tunggu pengumuman SPR tentang tarikh penamaan calon dan hari PRN Melaka. Selamat menunggu pengisytiharan dan bersabar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Ar-Rahnu X’Change Cawangan Cheng Perdana di Taman Desa Cheng Perdana, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat dan Pengerusi Rakyat Management Service Sdn Bhd, Mohd Jafri Kudus.

Sebelum ini, Ab Rauf berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berkuat kuasa pada 23 September lalu tidak akan menjejaskan urusan pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan tanggungjawab dalam kapasiti sebagai kerajaan sementara atau ‘Caretaker Government’ sehingga sebuah kerajaan negeri baharu dibentuk selepas proses pilihan raya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1233
Kongsi :
Previous post 6 MODUL PENDIDIKAN UBAH NASIB ANAK DUN AYER LIMAU