
16 MANGSA BERPINDAH KE SK TEHEL, RUMAH DINAIKI AIR
BEMBAN 7 Oktober – Seramai 16 mangsa banjir dari Jalan Parit Lampong, Tehel terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki, hari ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dibuka pada jam 12 tengah hari tadi bagi menempatkan kesemua mangsa yang terjejas.
“Sehingga jam 4 petang tadi, di negeri Melaka hanya sebuah PPS dibuka iaitu di SK Tehel selepas kesemua mangsa diminta untuk meninggalkan rumah atas faktor keselamatan.
“16 mangsa ini membabitkan tiga keluarga dari Jalan Parit Lampong dan mereka akan tinggal sementara di PPS sehingga air di kediaman mereka kembali surut,” katanya.
Jelasnya, pemantauan berterusan akan diadakan di beberapa kawasan hotspot banjir bagi melihat paras air.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: 10 AKU JANJI ‘AH SEM’, KLINIK BAHARU HINGGA PELUANG PEKERJAAN DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 9 November - Pembinaan klinik kesihatan baharu di Tebong, sekolah agama di Lesung Batu serta bantuan pendidikan tinggi...
KITA PASTIKAN TANJUNG BIDARA MENJADI TERMASYHUR SEMULA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 November - Sejak menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh melaksanakan...
TOK RAUF MAHU GEN Z BERSAMA-SAMA WARNAI MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November – Lebih 300 anak muda dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) memeriahkan Program Santai Anak Muda...
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
