
TAMAN KARAVAN BAHARU DI JASIN
JASIN 25 Oktober – Taman Karavan (RV Park) akan diwujudkan di daerah Jasin sebagai salah satu tarikan baharu bagi destinasi pelancongan di daerah itu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, insiatif itu diperkenalkan bagi mengetengahkan Jasin sebagai ‘port’ pelancongan.
“Pemilik ‘camper van’ boleh bermalam di tapak disediakan dan pada masa yang sama melakukan aktiviti riadah yang lain.
“Tapak ini memiliki Kemudahan seperti lot parkir, bekalan elektrik dan air, ruang memasak, dobi pakaian, pencahayaan, Taman permainan kanak-kanak, ruang perkelahan, tandas dan lain-lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu Mohd Shaiful bersama Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari, mengadakan lawatan tapak bagi cadangan mewujudkan Taman Karavan tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA MAUT, EMPAT CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI PUTRAJAYA
PUTRAJAYA 20 Mac - Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Presint 1 menghala...
PERSIAPAN SAAT AKHIR SAMBUT AIDILFITRI
DUYONG 20 Mac - Meskipun ramai umat Islam yang sudah membuat persiapan awal bagi menyambut satu Syawal, namun tradisi hari...
OPS HRA 2026 : LEBIH 2,000 KESALAHAN DIRAKAM MELALUI DRON – JPJ
KOTA BHARU 20 Mac - Sebanyak 2,384 kesalahan berjaya dirakam melalui penggunaan dron dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Ops Hari...
LELAKI PUKUL ISTERI HAMIL DIREMAN EMPAT HARI
MELAKA 20 Mac - Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh...
PENJAWAT AWAM RUGI RM160,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 20 Mac - Seorang penjawat awam kerugian lebih RM160,000 akibat terperdaya sindiket pelaburan tidak wujud setelah berkenalan dengan seorang wanita...
RM5 JUTA UNTUK PASANG LAMPU JALAN SOLAR, TUMPU KAWASAN GELAP SEKITAR MELAKA
AYER LIMAU 20 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi pemasangan lampu jalan jenis solar di kawasan-kawasan gelap di...
