
MENARA TAMING SARI TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN
BANDA HILIR 2 Februari – Pelbagai tarikan dan persembahan yang ditampil pada setiap bulan menjadikan Menara Taming Sari terus menjadi antara destinasi pilihan pelancong.
Bersempena program Melaka Bila Larut Malam Edisi Februari 2025, menara ikonik itu telah membawakan persembahan tarian singa, sekali gus memukau pengunjung yang hadir.
Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Nur Azan Hassan berkata, persembahan itu dibawakan khas bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.
“Kita dapat melihat orang ramai tertarik untuk singgah di sekitar menara ini dek kemeriahan yang dibawakan, selain mahu menyaksikan persembahan menarik yang disediakan.
“Walaupun Program Melaka Bila Larut Malam di Menara Taming Sari bermula jam 11 malam, namun ramai pengunjung sanggup datang lebih awal untuk menyaksikan pelbagai tarikan yang disediakan di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Nur Azan, secara purata, Menara Taming Sari telah merekodkan seramai 3,500 hingga 4,000 kehadiran pengunjung pada setiap hujung minggu.
“Ditambah pula ini adalah musim cuti sekolah dan perayaan, jadi kehadiran pengunjung memang sangat menggalakkan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
