
PAMERAN UNIK GAYA MINIATUR TARIK MINAT PENGUNJUNG
BANDA HILIR 21 Februari – Pameran unik gaya miniatur di Muzium Sejarah dan Ethnografi antara tarikan baharu dibawa Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada cuti umum kali ini.
Kurator Bahagian Permuziuman (Pendidikan) Perzim, Noor Azimah Md Ali berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi memberi kepuasan kepada pengunjung sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu semalam.

“Pihak PERZIM mengambil inisiatif membawa pameran khas miniatur gambaran Kota Melaka pada abad ke-15 di Muzium Sejarah dan Ethnografi kali ini.
“Pameran Ini memang unik yang mana kita ada koleksi menarik tentang warisan budaya yang ada di Melaka, ini adalah ‘ekstra’ yang kita tawarkan di muzium sejarah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya selain muzium sejarah, PERZIM juga menyediakan pameran miniatur di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan beberapa muzium yang lain.
“Pengunjung lebih tertarik dengan kaedah pameran seperti ini, secara tidak langsung menggalakkan generasi muda mempelajari tentang sejarah Melaka.
“Jika kemasukan percuma diteruskan lagi, kita akan cuba mencipta pelbagai kelainan untuk menarik lebih ramai kedatangan pengunjung,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HASANAH PONDOK KEMPAS
BEMBAN 15 Mei – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al-Hasanah...
TAUGE MACHAP BARU TEMBUSI PASARAN SINGAPURA
MACHAP JAYA 15 Mei - Tauge dengan kerangupan dan rasa manis apabila dikunyah sememangnya menjadi pilihan penggemar sayuran tersebut. Di...
LEBIH 20,000 RUMAH MAMPU MILIK SIAP DIBINA DI MELAKA
AYER KEROH 15 Mei - Sebanyak 20,192 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sudah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM)...
DEWAN ‘RAJA SEHARI’ PALING BERBALOI DI AYER KEROH
AYER KEROH 15 Mei – Bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan di lokasi eksklusif dengan pelbagai fasiliti lengkap wajar mempertimbangkan...
KARNIVAL HEBADS 2026 CETUS GENERASI BERANI KATAKAN TIDAK KEPADA BULI, DADAH
MASJID TANAH 15 Mei - Karnival Hentikan Buli, Anti Dadah, Rokok/Vape dan Jenayah Seksual (HeBADS) Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MAIM REKOD 41 INDIVIDU PELUK ISLAM DI MELAKA TAHUN INI
BUKIT KATIL 15 Mei - Seramai 41 saudara baharu telah direkod memeluk Islam dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam...
