
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac – Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan.
Pengarah KKJS, Sr. Mohamad Kelana Juwit berkata, inisiatif penyediaan Kaunter Amil Zakat Fitrah kepada seluruh warga kolej adalah bertujuan memudahkan pembayaran zakat fitrah.
“Ini secara tidak langsung membantu seluruh kakitangan untuk membuat pembayaran zakat fitrah dengan lebih mudah dan cepat.
“Rata-rata kakitangan amat berpuas hati dengan perkhidmatan kaunter pungutan zakat fitrah ini dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
“Selain memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah dalam kalangan kakitangan, ia juga merupakan satu aktiviti yang baik untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR LAMBANG KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
GADEK 15 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) disifatkan sebagai manifestasi kasih sayang Kerajaan Negeri kepada rakyat secara...
MURAL TUAH–JEBAT SEMAI SEMANGAT WARISAN GENERASI MUDA
GADEK 15 April – Usaha mengangkat sejarah dan jati diri bangsa perlu bermula sejak di bangku sekolah agar generasi muda...
PROMOSI APRIL LEBIH BERBALOI DI MELAKA WONDERLAND
AYER KEROH 15 April – Bermula 17 hingga 19 April ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort tampil dengan promosi...
MELAKA SEDIA BANTU USAHAWAN BERKEMBANG DENGAN TEKNOLOGI BAHARU
GADEK 15 April - Kerajaan Negeri sedia membantu usahawan tempatan khususnya dalam sektor pertanian untuk mengembangkan penggunaan teknologi baharu sekali...
TUNAS ILHAM MAIM BANTU ANAK ASNAF LEBIH BERSEDIA DUDUKI UPKK 2026
PENGKALAN BATU 15 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menganjurkan Program Tunas Ilham Bagi Tahun 2026-2027 iaitu sebuah program...
RUMAH PUSAKA LEBIH SEABAD KEMBALI ‘BERSERI’
GADEK 15 April - Hanya rasa syukur dapat dizahirkan Asenah Baba, 85, apabila rumah pusaka lebih seabad yang didiaminya kini...
