
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata laporan polis dibuat oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun kira-kira pukul 7 pagi tadi berhubung pergaduhan yang tular itu.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat seorang daripada individu yang terlibat dipercayai telah memotong barisan sekali gus mencetuskan pertengkaran fizikal.
“Setakat ini, hanya satu laporan polis yang dibuat penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp S. Sivakumaran melalui talian 019-5127410,” katanya.
Raub berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan video kejadian itu menerusi media sosial bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ISU MCA: ‘JANGAN BIMBANG, KITA CARI JALAN PENYELESAIAN’ – ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober – Barisan Nasional (BN) akan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut membabitkan MCA susulan ketidakpuasan hati parti...
PROGRAM KEMASYARAKATAN MAHASISWA BUKAN HANYA KETIKA PILIHAN RAYA – ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober – Program kemasyarakatan melibatkan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya,...
ISTERI KETUA MENTERI TURUN PADANG RAIKAN PEJUANG KANSER, PENGHIDAP MASALAH BUAH PINGGANG DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 26 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer mengiringi isteri...
FESTIVAL PERTUKARAN BUDAYA HIMPUN ENAM NEGARA DI MELAKA, SASAR 30,000 PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 26 Oktober - Melaka bakal menjadi tumpuan delegasi antarabangsa menerusi penganjuran Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya...
PRN MELAKA: ‘ACIK ZUL’ TEKAD PERTAHAN TABOH NANING
AYER KEROH 26 Oktober - Kepercayaan diberikan kepadanya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: JEZLEE SEDIA GALAS AMANAH DEMI RAKYAT SUNGAI RAMBAI
AYER KEROH 26 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai Jezlee Pit, bertekad memberikan...

