
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April – Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit pada rantai basikal yang baru dibeli.
Dalam kejadian di Taman Merlimau Permai, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi, kedua-dua mereka gagal mengeluarkan jari yang tersepit pada rantai basikal berkenaan menyebabkan terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sufian Abu Bakar memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.39 pagi dan menggerakkan lima anggota ke lokasi.
Katanya, setiba di lokasi tiga minit kemudian didapati jari telunjuk wanita berusia 32 tahun dan anaknya itu masih tersepit pada rantai basikal dan kerja penyelamatan dilakukan.
“Kerja menyelamat tidak mengambil masa yang lama iaitu hanya kira-kira lima minit untuk mengeluarkan jari yang tersepit pada rantai.
“Kedua-dua mangsa yang cedera pada jari kemudiannya dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut,” katanya.
Beliau memaklumkan, operasi tamat pada jam 9.54 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
