
PARAKOM MELAKA KENDALI LEBIH 150 KES KECEMASAN
SERI NEGERI 28 April – Inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri terbukti bukan sekadar inisiatif biasa, bahkan ia membawa manfaat cukup besar kepada rakyat.
Buktinya, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu bukan sahaja menarik minat 953 sukarelawan berdaftar, bahkan ia juga berjaya mengendalikan lebih 150 kes kecemasan melibatkan rakyat dan pelancong ke negeri ini.
“Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Melaka dalam menyediakan akses kesihatan yang berkualiti, cepat dan berkesan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Ucapan Usul Terima Kasih Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.
Tambah Ab Rauf, Kerajaan Negeri juga akan menggerakkan pelbagai usaha untuk memastikan rakyat menerima akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, mampu milik dan mudah dicapai.
“Sehingga kini, sebanyak 13 klinik kesihatan yang daif telah mendapat kelulusan untuk dinaik taraf, sementara perkhidmatan penjagaan di rumah untuk pesakit terlantar, khususnya golongan B40 juga terus diperluas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARI KEBANGSAAN MELAKA: 30 BAS, 90 VAN SHUTTLE PERCUMA MUDAHKAN ORANG RAMAI
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sebanyak 30 bas dan 90 van ulang-alik (shuttle) percuma disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan pergerakan...
ZAKAT RIQAB MAIM BANTU ‘ORANG DISELIA’ BINA HIDUP BAHARU
MERLIMAU 21 Ogos - Sebanyak RM70,000 daripada peruntukan zakat Riqab Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disalurkan bagi merealisasikan Kafe Riqab...
CHARITY RIDE PDRM-IPSC SANTUNI 10 PESARA POLIS DI MELAKA
AYER KEROH 21 Ogos – Program Konvoi ‘Charity Ride’ Kontinjen Negeri Sembilan bersama Ipoh Superbike Club (IPSC) sempena Sambutan Hari...
TUN DR. MOHD ALI SEMPURNAKAN PERASMIAN MASJID AL-MUKMINUN SERI MENDAPAT
SUNGAI RAMBAI 21 Ogos - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan perasmian Masjid Al-Mukminun...
20,000 T-SHIRT, 2,000 HELMET EKSKLUSIF JADI TARIKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sebanyak 20,000 helai t-shirt istimewa dan 2,000 helmet eksklusif bakal menjadi antara tarikan utama Karnival...
HARI KEBANGSAAN: 13 PRODUK PELANCONGAN MELAKA PERCUMA UNTUK RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka bukan hanya tertumpu kepada acara kemerdekaan, malah rakyat Malaysia...
