
Neelofa akan jawab hari ini
PETALING JAYA 27 Dis. – Desas desus umum berhubung pergolakan hubungan antara Neelofa dan Harris Ismail atau PU Riz akan terjawab hari ini.
Portal Kosmo! Online hari ini melaporkan, perkara itu dijanjikan pengurus, Neelofa, Shawn Amer ketika dihubungi pihaknya sebentar tadi.
“Kita sedang sediakan sesuatu. Nanti apa-apa saya akan kongsikan. Sekejap lagi saya akan bertemu dengannya (Neelofa).
“Harap-harap segala persoalan semuanya akan terjawab hari ini. Saya akan kongsi secepatnya kalau boleh hari ini juga,” kata Shawn.
Terdahulu, hubungan Neelofa dan Haris didakwa sedang retak menanti belah apabila ahli keluarga selebriti populariti itu asyik berkongsi status berbaur sindiran dipercayai ditujukan kepada Haris.
Bukan sahaja dikatakan sudah putus tunang, penggunaan minyak pengasih dan sudah bernikah antara topik hangat yang menjadi perbualan netizen dalam media sosial berhubung isu hubungan Neelofa dan Haris yang dikatakan berantakan sejak semalam.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, juga didakwa netizen telah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Noor.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak keluarga mahu pun pelakon yang terkenal menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot itu bagi menafikan dakwaan berkenaan.
Views:
Related

Berita Lain
PERARAKAN PERAHU BERHIAS MAMPU TARIK PELANCONG KE TELOK BEREMBANG
AYER LIMAU 26 Oktober - Pesta Perarakan Perahu Berhias @Telok Berembang bakal dianjurkan pada skala lebih besar pada tahun hadapan,...
KETUA MENTERI SAMPAIKAN KUPON RAKYAT UNTUK ORANG TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 26 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak pernah berhenti daripada memikirkan pelbagai inisiatif...
WRUR: 220 ADUAN DITERIMA, ISU HAKISAN DAN INFRASTRUKTUR ANTARA FOKUS
DURIAN TUNGGAL 26 Oktober - Sebanyak 220 aduan diterima sempena pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
WRUR: 10 EXCO JADI ‘BAPA ANGKAT’ KAMPUNG DI DURIAN TUNGGAL, PANTAU PENYELESAIAN ISU
DURIAN TUNGGAL 26 OKTOBER – Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri dilantik sebagai ‘bapa angkat’ kepada 10 kampung Sempena Program Wakil...
PELANCONG KE MELAKA MENINGKAT 25 PERATUS
DUYONG 25 Oktober - Sektor pelancongan Melaka terus meroket apabila merekodkan 13.5 juta pelancong dari Januari hingga September tahun ini....
MELAKA PERKENAL PELBAGAI PRODUK PELANCONGAN BAHARU TAHUN DEPAN
DUYONG 26 Oktober - Melaka akan membawakan pelbagai produk pelancongan baharu bersempena Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia...

