Sorting by

×

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 PPSPM DAN PERHIMPUNAN BULANAN KERAJAAN NEGERI 26 MEI INI

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDARAYA MELAKA 8 Mei – Sambutan Ulang Tahun ke-20 Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 26 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, sambutan itu diadakan bersekali memandangkan PPSPM merupakan penganjur bagi perhimpunan terbabit bagi edisi Mei.

“Satu penghormatan besar diberikan kepada PPSPM apabila terpilih sebagai host bagi Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka yang akan diadakan di MITC 26 Mei depan. Kita juga akan menganjurkan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 PPSPM pada perhimpunan terbabit.

“Semua perlu diurus secara rapi seterusnya PPSPM ambil kesempatan ini untuk mempromosikan produk-produk baharu kita. Penganjuran ini juga adalah antara usaha untuk meningkatkan kehadiran pengunjung, sekali gus menambah hasil kepada PPSPM,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan PPSPM di Dataran Pengkalan Rama Pantai, di sini, semalam.

Pada perhimpunan sama Shaharul Azuar mengingatkan dan menggalakkan kakitangan PPSPM supaya membudayakan amalan gaya hidup sihat seperti dengan menyertai aktiviti riadah ‘briskwalk’.

“Meskipun sibuk dengan urusan di tempat kerja, semua kakitangan PPSPM diharap dapat meluangkan masa untuk bersenam. Saya juga amat menggalakkan kelab sukan dan rekreasi PPSPM untuk anjurkan program aktiviti riadah.

“Pihak pengurusan juga sedang merancang untuk mengadakan aktiviti briskwalk di Sungai Melaka bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad dalam masa terdekat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

393
Kongsi :
Previous post ‘DARI GELANGGANG SILAT KE PENTAS TEATER’
Next post MAIM TAWAR RUMAH SEWA MURAH UNTUK ASNAF, B40