
SURI RUMAH RUGI LEBIH RM150,000 DIPERDAYA SINDIKET TAWARAN KERJA TIDAK WUJUD
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berumur 30 tahun itu pada mulanya tertarik dengan iklan tawaran kerja membuat tempahan bilik hotel itu di laman sosial pada 9 Mei, dan dijanjikan komisen 10 peratus daripada modal dikeluarkan.
Beliau berkata tugasan itu kononnya untuk menaikkan rating hotel, dengan wanita itu dikehendaki menekan pautan diberikan bagi memilih bilik hotel dan menghantar gambar serta bukti pembayaran setelah selesai tugasan.
“Wanita itu yang teruja kerana menerima komisen tugasan pertama, telah membuat tugasan lain melibatkan pembayaran RM158,498.89 secara berperingkat ke sembilan akaun bank,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azli berkata suri rumah yang menggunakan wang modal perniagaan bapanya berasa panik apabila tidak menerima komisen dijanjikan, selain gagal menghubungi suspek.
Beliau berkata wanita itu kemudiannya membuat laporan polis pada 11.42 pagi semalam, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
