Sorting by

×

GAMIT NOSTALGIA BERGELAR MURID SK DURIAN DAUN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

LENDU 20 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, mengimbau semula kenangan zaman bersekolahan ketika hadir pada Program Ziarah Kasih Guru Dan Murid DUN Lendu serta penyerahan sumbangan kek bersempena Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun, di sini, semalam.

Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka ke-12 berkata, biarpun fizikal dan persekitaran sekolah sudah berubah termasuk dilengkapi infrastruktur lebih baik, beliau bangga melihat kemajuan ditunjukkan sekolah itu.

“Sekolah pagi dan sekolah agama petang semuanya di SK Durian Daun, selama enam tahun, jadi banyak kenangan saya di sekolah ini.

“Sekolah ini agak dekat dengan saya boleh dikatakan sebagai sekolah angkat, kerana saya adalah bekas murid. Guru-guru pula sudah ramai yang pergi mendahului kita yang ada sekarang tenaga pengajar baharu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Serahan kek dilaksanakan adalah sebahagian daripada pengisian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang bermula secara rasmi dari 18 hingga 31 Mei ini.

Program itu melibatkan persinggahan dan penyerahan sumbangan kek di 13 sekolah rendah dan menengah sekitar Dewan Undangan Negeri Lendu yang antaranya adalah SK Lendu; SK Datuk Tambychik Karim; SK Masjid Tanah, Sekolah Menengah Ghafar Baba dan Sekolah Menengah Sains Alor Gajah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

442
Kongsi :
Previous post WRUR: DIDIK PEMILIK HAIWAN PASANG MIKROCIP, ELAK RABIES
Next post PM LANCAR ‘RIBAT’ HMLTV PERTAMA KELUARAN NEGARA