Sorting by

×

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU MICOST BERMULA 17 MEI – 30 JUN

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

BANDARAYA MELAKA 19 Mei – Kampus Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) bertambah meriah dan ceria apabila hari pendaftaran pelajar baharu bagi sesi pengajian 2025 bermula pada 17 Mei lalu.

Tempoh pendaftaran itu akan berlangsung sehingga 30 Jun depan dengan menyaksikan kehadiran pelajar baharu dari seluruh pelusuk negara, termasuk Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan Perak, malah tidak ketinggalan pelajar dari Sabah dan Sarawak turut hadir untuk memulakan langkah pertama dalam dunia pendidikan tinggi.

MiCoST yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Yayasan Melaka terus mendapat kepercayaan sebagai institusi pendidikan pilihan kedua utama selepas universiti awam, terutamanya dalam kalangan pelajar di Melaka, Zon Selatan dan seluruh Malaysia.

Menawarkan lebih 20 program akademik dan kemahiran TVET di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia, Pra-Diploma dan Diploma, MiCoST membuka peluang pendidikan kepada pelajar dalam pelbagai bidang yang berdaya saing.

Antara fakulti utama yang terdapat di MiCoST ialah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, serta Fakulti Sains Kesihatan, selain pusat latihan bertauliah TVET iaitu MiCoSTSkills yang menawarkan latihan kemahiran selaras dengan keperluan industri masa kini.

497918285 1271480928319887 6632150716720730954 n

Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, MiCoST telah melahirkan lebih daripada 3,500 graduan yang kini berkhidmat dalam pelbagai sektor awam dan swasta di seluruh negara.

Dalam usaha memperluas akses pendidikan kepada semua golongan, MiCoST turut menyediakan penempatan kepada pelajar asnaf dengan tajaan Majlis Agama Islam Negeri serta kemudahan pembiayaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi pelajar yang layak.

Dengan sokongan fasiliti pembelajaran yang kondusif, pensyarah berpengalaman, dan pelbagai peluang kerjaya selepas tamat pengajian, MiCoST kekal komited sebagai institusi yang mendidik dan membina masa depan anak muda negara.

Bagi pelajar yang berminat untuk menyertai dan seterusnya mendaftar di MiCoST, anda dialu-alukan untuk menghubungi talian 06-288 3126 atau Hotline Pendaftaran: 014664 8437.
Maklumat lanjut mengenai program pengajian juga boleh didapati di laman web rasmi MiCoST di www.micost.edu.my.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1991
Kongsi :
Previous post WRUR MEDAN BENTUK EKOSISTEM MASYARAKAT INKLUSIF, HARMONI