
MAIM SALUR BANTUAN TUNAI AIDILADHA KEPADA 11,450 ASNAF
BANDARAYA MELAKA 21 Mei – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) meneruskan komitmen membantu golongan asnaf dengan menyalurkan sumbangan Aidiladha berjumlah RM3.42 juta kepada 11,450 penerima.
Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, sumbangan itu diberikan kepada tiga kategori utama asnaf iaitu fakir, miskin dan mualaf.
“Agihan bantuan akan bermula pada 29 Mei dan akan disalurkan terus ke akaun bank para penerima.
“Untuk tahun ini, MAIM menambah jumlah penerima berikutan peningkatan bilangan asnaf yang direkodkan.
“Jumlah terkini ialah 150 golongan fakir, 9,000 miskin dan 2,300 mualaf, berbanding tahun sebelumnya iaitu 114 fakir, 8,630 miskin dan 2,200 mualaf,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut beliau, bantuan berbentuk wang tunai itu diberikan bagi meringankan beban asnaf dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha.
“Setiap penerima daripada kategori fakir akan menerima RM400, manakala asnaf miskin dan mualaf masing-masing akan menerima RM300.
“Kebanyakan agihan akan dibuat melalui kaedah pemindahan wang terus ke akaun bank penerima.
“Kita harap bantuan ini dapat memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada golongan asnaf di negeri ini menjelang Aidiladha,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: KALSOM MAHU PENGALAMAN LAMA, TENAGA BAHARU DISATUKAN
PENGKALAN BATU 3 November - Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Kalsom Noordin menyeru seluruh jentera Barisan Nasional (BN) supaya terus...
NAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL ANTARA HARAPAN BELIA MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 3 November – Kemudahan gelanggang futsal yang lebih baik serta penganjuran aktiviti sukan secara berterusan antara harapan golongan...
PRN MELAKA: PENGALAMAN LIMA TAHUN JADI BEKALAN SITI AISYAH, ISU SALIRAN JADI KEUTAMAAN
PENGKALAN BATU 3 November - Pengalaman berkhidmat selama lima tahun di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.15 Pengkalan Batu menjadi...
MPHTJ TELITI PENYELESAIAN ISU BANJIR TAMAN SUTERA WANGI
AYER KEROH 3 November - Sistem saliran di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam akan ditambah baik menerusi kerja menaik taraf...
TPM TITIP TIGA PESANAN KEPADA GRADUAN TVET
RIM 3 November - Graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu terus meningkatkan kemahiran, menterjemahkan minat kepada hasil...
408 RAKAN INDUSTRI PERKUKUH PELUANG KERJAYA ANAK MELAKA – TPM
RIM 3 November - Jaringan kerjasama institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka bersama 408 rakan industri merentasi...
