
MACAM-MACAM ADA DI MINI KARNIVAL KEMASUKAN PELAJAR BAHARU UNIMEL
KUALA LINGGI 9 Jun – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) bakal menganjurkan Mini Karnival Kemasukan Pelajar Baharu 2025 esok (10 Jun) yang diadakan di Bangunan Luqman Hakim UNIMEL, Kuala Sungai Baru.
UNIMEL dalam satu kenyataan memaklumkan, pelbagai aktiviti, jualan dan pameran akan disediakan khas buat pengunjung yang hadir.
Jelas universiti penuh milik Kerajaan Negeri itu, karnival berkenaan bakal diadakan bermula 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.

“Antara kaunter pameran yang akan dibuka adalah membabitkan institusi perbankan; Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Wakaf UNIMEL, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), insurans, syarikat telekomunikasi serta pemeriksaan kesihatan percuma.
“Selain itu, turut diadakan jualan daripada kendera saji (food truck), IMIKA, Jualan Murah Al-Ikhsan serta Adabi Consumer.
“Malah, pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah, selain dapat menikmati minuman istimewa teh tarik masala dan milo serta dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh pelajar UNIMEL,” kata kenyataan itu.
Justeru, UNIMEL menjemput orang ramai untuk memeriahkan lagi karnival yang berlangsung selama sehari itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
